Perkara yang diperlukan sebelum memperbaharui Roadtax

Sebelum anda hendak membuat pembaharuan cukai jalan kenderaan, anda harus pastikan dimana anda mempunyai NOTA PERLIDUNGAN (Cover Note) yang lepas iaitu Nota Perlindungan tahun akhir anda perbaharui. Jika anda tiada nota perlindungan tidak mengapa, anda juga boleh kemukakan kepada kami geran kenderaan milik anda atau si pemilik, polisi lama atau pun reminder.

Buat anda yang kali pertama membuat roadtax anda hanya perlu kemukakan GERAN sahaja.
Seterusnya, kami perlukan maklumat NCD ( Non-Claim Discount ) / NCB  ( Non-Claim Bonus) bagi mengurangkan kadar insurans kenderaan anda. NCD anda akan meningkat selagi tidak berlaku sebarang musibah terhadap kenderaan anda, dan NCD anda akan menjadi kosong jika berlaku risiko pada kenderaan anda bagi perlindungan Komprehensif dan 3rd party.