Sebelum anda hendak membuat pembaharuan cukai jalan kenderaan, anda
harus pastikan dimana anda mempunyai NOTA PERLIDUNGAN (Cover Note) yang
lepas iaitu Nota Perlindungan tahun akhir anda perbaharui. Jika anda
tiada nota perlindungan tidak mengapa, anda juga boleh kemukakan kepada
kami geran kenderaan milik anda atau si pemilik, polisi lama atau pun
reminder.
Buat anda yang kali pertama membuat roadtax anda hanya perlu kemukakan GERAN sahaja.
Seterusnya, kami perlukan maklumat NCD ( Non-Claim Discount ) / NCB (
Non-Claim Bonus) bagi mengurangkan kadar insurans kenderaan anda. NCD
anda akan meningkat selagi tidak berlaku sebarang musibah terhadap
kenderaan anda, dan NCD anda akan menjadi kosong jika berlaku risiko
pada kenderaan anda bagi perlindungan Komprehensif dan 3rd party.
No comments:
Post a Comment